6 May 2011

Lambang Malaysia

Setiap negara ada lambang tersendiri.. Contohnya negara Malaysia.. Tahu tak korang setiap lambang ada maksudnya? Jom kite mendalami maksud yang ada dekat Lambang Malaysia..

Lambang Malaysia (Jata Negara)


*   Bintang 14 bucu menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan..

*   Bintang bersama bulan sabit memberitahu bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia

*   5 bilah keris menandakan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu)

*   Pokok pinang di bahagian kiri perisai berserta jambatan menandakan negeri Pulau Pinang manakala di sebelah kanan merupakan pokok melaka menandakan negeri Melaka. Kedua dua negeri nie sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu..

*   4 jalur ditengah, warna hitam dan putih merupakan warna negeri Pahang; merah dan kuning warna negeri Selangor; hitam putih dan kuning warna negeri Perak; merah hitam dan kuning warna negeri Sembilan.. 4 buah negeri nie merupakan negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal..

*   3 bahagian di bawah menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.. Di tengah adalah bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya.

*   Harimau-harumau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu digunakan dalam Lambang Malaysia..

*   Slogan 'Bersekutu Bertambah Mutu' ditulis dalam tulisan Rumi disebelah kiri dan tulisan Jawi disebelah kanan..

*   Warna kuning pada awan-awan merupakan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja..
 
Lambang Malaysia yang asal

Aq pon cuba jadikan lambang nie lebih menarik tanpa mengubah maksud yang asal.. So aq cari gambar harimau, lambang Malaysia, ngan gambar yang patut..Nampaknya aq buat pon x brapa jadi(Gambar harimau).. Walau macam mana skali pon, AKU BANGGA AKU ANAK MALAYSIA..
P/S : Kalau rasa-rasa tak patut letakkan gambar yang last tu, bg tau kt ruang komen di bawah..

No comments:

Post a Comment